Khamis, 18 Februari 2010
13 Februari 2010
Terlebih dahulu sama2lah kita membaca alfatihah untuk arwah Norhaniza Hussain .. PT SMK PPPTR yang telah pergi ke rahmatullah ... aku dapat berita sedih ketika dalam perjalanan Selancar ke Jerantut ... baru jer turun tol Temerloh .. kak Ainon yg memaklumkan ketiadaan arwah .. tak sampai hajat aku untuk bertemu dgnnya .. sblm tu arwah telah dimasukkan ke Hospital Temerloh dan dipindahkan ke Jerantut seminggu kemudian .. aku hanya bertanya khabar melalui telefon .. ralat juga sewaktu balik jumpa pakar Hanis di Hospital Jengka aku tak sempat ziarah dia di Hospital Jerantut .. mengejar masa untuk balik ke Selancar semula .. terbayang2 kelucuan dan keletahnya yang suka bersyarah .. teringat2 dia suka makan colek betik .. tapi yang aku paling tak lupa ungkapan minta maafnya takut nanti tak jumpa lagi ...walaupun suatu ketika ada perkara menjarakkan aku dgn dia .. tapi bila aku dah duduk di Selancar ni kami telah membuang semua perselisihan faham sebelum ini ... dia ingat ayat aku ' dekat bau kentut, jauh bau wangi ' .. aku tak mahu fikir lagi tentang persengketaan itu .. sebenarnya tiada apa2pun cuma ada insan yg tak senang melihat kami senang .. biarlah .. Semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya ...
Langgan:
Catatan (Atom)