Impian

Selamat Datang

Isnin, 11 Januari 2010

Impian & Bisnes Online

Hari ni nak bercerita tentang bisnes online ... mula-mula dulu takut juga nak beli barang secara online ni .. firstime order perfume one drop 6 kotak .. berdebar2 gak .. duit dah masuk akaun ..2 hari selepas tu alhamdulillah barang sampai ... satu hari je semua habis .. pastu try kerongsang pulak ... cam tu juga ... berpapan2 juga la lakunya lebih2 lagi musim raya ... so lepas tu terfikir bisnes online ni bagus gak untuk menambah pendapatan.. di zaman yang seratus peratus duit ni, kerajinan amat diperlukan untuk menyelesakan kehidupan .. tapi sampai sekarang ni masih belum cukup berani untuk buat bisnes ni .. produk untuk dijual dah ada cuma keberanian tu belum cukup .. tengoklah bila rasa cukup berani akan muncullah produk di blog ni .. tunggu jerlah kalau ada ya!

Jumaat, 8 Januari 2010

Anak

Bercerita tentang anak .. alhamdulillah aku dikurniakan sepasang cahayamata .. abang masuk 6 tahun dan adik 1 tahun 8 bulan ... tahun lepas abang masuk tadika perpaduan , tahun ni tadika kemas .. tak kisahlah mana2 pun asalkan tahun ni abang betul2 belajar bukan bermain-main macam tahun lalu ... dia punyalah excited nak pergi sekolah ... bangun seawal jam 6.30 terus mandi dan bersiap ... moga2 dia jadi anak yang cerdik seperti namanya .. sebelah petang hantar mengaji di rumah jiran di kuartes ni ... sebagai bekalan masa depan .. walaupun si adik ada masalah kesihatan namun alhamdulillah setakat ni perkembangan dia normal ... sejak umur setahun dia mendapat penyakit sawan ... terperanjat juga mulanya .. rupanya sebelah ayahnya ada keturunan .. tak mengapalah ini semua ujian dari Allah untuk melihat sejauh mana aku bersabar .. semua ujian makmal menyatakan dia tiada masalah cuma sekarang adik kena bergantung pada ubat .. setiap malam aku lalui dengan debaran  kerana setakat ni adik kena antara pukul 12 hingga 4 pagi ..semoga adik tak kena sawan setelah 9 kali dia mengalaminya sejak Julai tahun lalu ... kali akhir hari raya haji tahun lalu ...  setiap hari juga aku memanjatkan doa agar adik terus sihat .. semoga doaku dikabulkan tuhan .. tak sanggup melihat adik sakit ... semoga kedua-dua anakku akan jadi insan soleh dan solehah yang dapat membahagiakan diriku ....

Khamis, 7 Januari 2010

Facebook dan aku

Aku berjinak2 dengan facebook sejak okt 2009 ... tapi seriusnya ngan facebook sejak akhir okt 2009 .. itupun setelah aku masukkan intenet kat kuates tempat kerja ni .. tak de la boring sangat .. malam2 aku mencari kenalan2 lama masa di Dong, Lepar Utara dan PPPTR ... yang seronok tu dapat kembali berhubung dengan kawan2 masa sekolah di SMADRA dulu ... kalau selama ini aku jauh sangat dari mereka .. yerlah aku jer yg berada di Jerantut ni yang lain ramai dari Bentong dan Raub ...Alhamdulillah dapat mengeratkan kembali hubungan dengan mereka ... facebook juga menghubungkan aku dengan kawan ms kat Lepar Utara dan PPPTR .. pendek kata facebooklah pengerat hubungan persahabatan.. apapun facebook juga ada kelemahannya .. asyik melayarinya alamat tertangguh la kerja ... moga2 aku tak terlalu taksub dengan facebook .. kerja perlu diutamakan ... prestasi perlu diperbaiki ...

Rabu, 6 Januari 2010

7 Januari 2010

33 tahun ... umur semakin menginjak .. tua dah aku ni ... alhamdulillah masih diberi usia untuk bernafas di bumi tuhan yang maha luas ini ... sepanjang masa itu juga belajar mengenai kehidupan dan menghargai segala yang ada ... cabaran dan rintangan yang datang mematangkan diri untuk terus melalui arus kehidupan yang sangat mencabar ...

Kerja

Cerita tentang kerja dah 12 tahun aku kerja sebagai kerani sekolah .. alhamdulillah sekarang dah naik pangkat dan dah 3 buah sekolah aku berkhidmat ... masing2 punya keistimewaan sendiri. Dua terletak di pedalaman dan 1 di luar bandar ... pertama kali posting di SK LKTP Lepar Utara 1, mm ingat lagi masa lapor diri tu .. jauh sangat perjalanannya .. sampai2 ke sana guru-guru kat rumah bujang tak ada ..masing2 balik kg... masa tu hari sabtu masih hari bekerja .. adalah seorang polis yang sedang tunggu anaknya kelas tambahan mengajak aku tidur dirumahnya malam tu ..kebaikan kopral zaki dan isterinya kak yah tak pernah aku lupakan ...dari tahun 1997 sampai la tahun 2004 di Lepar Utara ...April 2004 berpindah ke SMK PPP Tun Razak .. sekolah yang menjadi idaman penjaga2 di daerah Jerantut .. aku bangga berada di sekolah tu ... sekolah cemerlang felda tahun 2007 peringkat kebangsaan  ..menjadi perhatian masyarakat .. cuma sentiasa dipantau tu la yang lomah sikit .. apapun semoga sekolah tu akan terus gah seperti mottonya Terunggul Di Malaysia 2010 .. Oktober 2009 meninggalkan SMKPPPTR yang penuh dengan kenangan pahit manis kehidupan .. belajar tentang kematangan menghadapi apa jua rintangan ...itupun kerana dinaikkan pangkat ke SMK Perwira Jaya Rompin .. alhamdulillah dalam usia 32 tahun dan baru berkhidmat selama 12 tahun aku berada di kedudukan ini.. Allah maha mengetahui hikmah di sebalik dugaan dan cabaran yang aku lalui selama ini ... aku tak mahu berbangga dengan jawatan ini yang penting bagiku ilmu perlu dikongsi ... tak usah memandang rendah pada orang lain .. kerana kadang2 dia lebih bagus dari diri kita sendiri ... di sinipun alhamdulillah aku boleh menyesuaikan diri .. teman2 sekerja dan masyarakat sekeliling pun baik2 belaka .. teringat suasana di Lepar Utara ...

Hari Lahir

Esok kalau ikut tarikh lahir di surat beranak 07 Januari 1977/2010 genap umurku 33 tahun .. cepat betul masa berlalu .. dah menginjak ke usia yang semakin matang .. insyaallah .. walhal kalau ikut sebenarnya aku lahir pada 21 November 1976 .. itulah tarikh lahir sebenar .. tiada sambutan seperti tahun2 sebelumnya cuma aku memanjatkan doa agar aku terus diberi kekuatan untuk menghadapi segala cabaran yang mendatang .. moga tahun ini juga aku terus dimurahkan rezeki ...dan menemui kebahagiaan yang dicari selama ini ... aaamiiinnn

Selasa, 5 Januari 2010

saujanaidaman

saujanaidaman@blogspot.com sempena nama taman perumahan tempat rumah dibeli di Jerantut .. berhampiran Masjid Baru Jerantut ... lokasi yang agak strategik .. kunci baru dapat sehari sebelum hari raya haji yang lalu .. masih banyak yang perlu dibereskan ...

Isnin, 4 Januari 2010

Satu permulaan di tahun baru

mm.. hari ini belajar sesuatu yang baru.. dah lama nak buat blog sendiri .. mujur ain dapat membantu ... waktu rehat hari ini digunakan sepenuhnya .. teruja untuk memulakan blog sendiri setelah sekian lama mencari caranya .. mujur facebook menemukan kawan2 termasuk ain yang punya blog sendiri .. thanks ain ..