Bercerita tentang anak .. alhamdulillah aku dikurniakan sepasang cahayamata .. abang masuk 6 tahun dan adik 1 tahun 8 bulan ... tahun lepas abang masuk tadika perpaduan , tahun ni tadika kemas .. tak kisahlah mana2 pun asalkan tahun ni abang betul2 belajar bukan bermain-main macam tahun lalu ... dia punyalah excited nak pergi sekolah ... bangun seawal jam 6.30 terus mandi dan bersiap ... moga2 dia jadi anak yang cerdik seperti namanya .. sebelah petang hantar mengaji di rumah jiran di kuartes ni ... sebagai bekalan masa depan .. walaupun si adik ada masalah kesihatan namun alhamdulillah setakat ni perkembangan dia normal ... sejak umur setahun dia mendapat penyakit sawan ... terperanjat juga mulanya .. rupanya sebelah ayahnya ada keturunan .. tak mengapalah ini semua ujian dari Allah untuk melihat sejauh mana aku bersabar .. semua ujian makmal menyatakan dia tiada masalah cuma sekarang adik kena bergantung pada ubat .. setiap malam aku lalui dengan debaran kerana setakat ni adik kena antara pukul 12 hingga 4 pagi ..semoga adik tak kena sawan setelah 9 kali dia mengalaminya sejak Julai tahun lalu ... kali akhir hari raya haji tahun lalu ... setiap hari juga aku memanjatkan doa agar adik terus sihat .. semoga doaku dikabulkan tuhan .. tak sanggup melihat adik sakit ... semoga kedua-dua anakku akan jadi insan soleh dan solehah yang dapat membahagiakan diriku ....
Jumaat, 8 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan