Impian

Selamat Datang

Rabu, 6 Januari 2010

Kerja

Cerita tentang kerja dah 12 tahun aku kerja sebagai kerani sekolah .. alhamdulillah sekarang dah naik pangkat dan dah 3 buah sekolah aku berkhidmat ... masing2 punya keistimewaan sendiri. Dua terletak di pedalaman dan 1 di luar bandar ... pertama kali posting di SK LKTP Lepar Utara 1, mm ingat lagi masa lapor diri tu .. jauh sangat perjalanannya .. sampai2 ke sana guru-guru kat rumah bujang tak ada ..masing2 balik kg... masa tu hari sabtu masih hari bekerja .. adalah seorang polis yang sedang tunggu anaknya kelas tambahan mengajak aku tidur dirumahnya malam tu ..kebaikan kopral zaki dan isterinya kak yah tak pernah aku lupakan ...dari tahun 1997 sampai la tahun 2004 di Lepar Utara ...April 2004 berpindah ke SMK PPP Tun Razak .. sekolah yang menjadi idaman penjaga2 di daerah Jerantut .. aku bangga berada di sekolah tu ... sekolah cemerlang felda tahun 2007 peringkat kebangsaan  ..menjadi perhatian masyarakat .. cuma sentiasa dipantau tu la yang lomah sikit .. apapun semoga sekolah tu akan terus gah seperti mottonya Terunggul Di Malaysia 2010 .. Oktober 2009 meninggalkan SMKPPPTR yang penuh dengan kenangan pahit manis kehidupan .. belajar tentang kematangan menghadapi apa jua rintangan ...itupun kerana dinaikkan pangkat ke SMK Perwira Jaya Rompin .. alhamdulillah dalam usia 32 tahun dan baru berkhidmat selama 12 tahun aku berada di kedudukan ini.. Allah maha mengetahui hikmah di sebalik dugaan dan cabaran yang aku lalui selama ini ... aku tak mahu berbangga dengan jawatan ini yang penting bagiku ilmu perlu dikongsi ... tak usah memandang rendah pada orang lain .. kerana kadang2 dia lebih bagus dari diri kita sendiri ... di sinipun alhamdulillah aku boleh menyesuaikan diri .. teman2 sekerja dan masyarakat sekeliling pun baik2 belaka .. teringat suasana di Lepar Utara ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan