Isnin, 26 September 2011
Kehidupan
dah setahun lebih berulang dr Jerantut ke Temerloh ..alhamdulillah kerana Allah melindungi perjalanan pergi dan balikku ..aku amat berharap agar tiada rintangan semasa perjalanan tersebut ...aku semakin sibuk dengan part time ku sebagai agen dropship ..Alhamdulillah dengan rezeki yang masuk dapat menambah belanja seharian yang semakin mencabar sekarang ...semoga ura-ura untuk kenaikan gaji awal tahun 2012 akan menjadi kenyataan .. dapatlah aku menyimpan sedikit demi sedikit ..semoga tahun 2012 yang akan datang akan mengubah keseluruhan prestasi hidupku dengan lebih baik .. pertukaran ke Jerantut memang tiada buat masa ini sehinggalah norma perjawatan dan murid ditukar dgn lebih kecik barulah aku layak balik ke Jerantut kalau tak tunggulah sehingga senior N22 bersara barulah ada peluang ...ataupun aku pergi lebih jauh lagi bila mohon N26 ..tengoklah rezeki ..semoga adik dan abang akan membesar sebagai anak yang soleh dan solehah yang boleh menjadi perisaiku ..
Sabtu, 14 Mei 2011
perpisahan
lepas asar tadi aku menerima perkhabaran tentang suami kawanku k.midah meninggal dunia ...tup! terkejut aku sehingga sanggang pun aku blur kat mana walaupun aku lalu hari2 ... kesian kak midah ... dengan 2 org anak yang masih kecil 6 dan 4 tahun tentu agak sukar untuk dia berdikari di negeri orang .. kak midah berasal dari serawak ...mmm .. sekarang ni kematian tidak mengenal usia .. x sakit lama pun tiba2 kita dengar dah tiada ... mcm tu juga arwah abg lan .. hari jumaat tu mmg aku ada call kak midah ...dia bgtau abg lan demam x berapa sihat ...tup2 pg tadi arwah dah pergi meninggalkan dunia ini ...puncanya abang lan demam dan kuman dah merebak .. sblm tu kak midah dah bawa abg lan berubat di klinik swasta ... cucuk sejarum balik ..tapi allah lebih mengetahui ...esok aku nak pergi ziarah dia dan bagi kata2 semangat tuk dia ...mujurlah kak midah sekarang dah pandai bawa kereta sendiri .. sekurang2nya lepas la dia nak balik ke kg ibu mertua dia di paya kecik, temerloh ... bila terfikir tentang kematian ... aku selalu berdoa agar aku masih dipanjangkan umur untuk besarkan 2 orang anak-anakku yang masih kecil ini... aku mohon diberi kesihatan yang baik agar aku mampu menjaga mereka dengan penuh perhatian dan kasih sayang ... wpun tanpa ayah aku mahu mereka merasa tidak diabaikan ... nak2 adik yang masih belum baik dari sawannya ... aku tak dapat bayangkan kalau aku tiada , macamana anak2 aku ... sedih tiba2 bila fikirkan begini ...siapa akan menjaga adik dan abang ... Ya Allah , panjangkanlah umurku sehingga anak-anakku mampu berdikari ...lapangkanlah rezekiku ... apa yang aku usahakan sekarang adalah untuk kebahagiaan hidup mereka ... mereka sahaja harta yang aku ada ...jauhkanlah aku daripada panahan mata insan yang tidak senang denganku ..jauhkanlah aku dari fitnah ... aaaminnn ..
Jumaat, 13 Mei 2011
assalamualaikum
alhamdulillah baru memasukkan streamix ke rumah ..nanti bolehlah update blog ni selalu ..dan berharap nak jadikan blog ni sebagai pembuka rezeki ..rasanya dah simpan hajat ni lebih drpd setahun ... mmm mengikut rahsia tarikh lahir Dato' Azizan Osman umur 34 tahun aku akan membina kejayaan ... aku harap dengan izin Allah aku akan mampu lakukannya dengan lebih baik .. walaupun awal tahun 2011 banyak meninggalkan sejarah pahit namun tak mengapalah itulah perjalanan hidup yang mesti aku teruskan ... mmm nak bercerita sedikit tentang anak2 ... wpun anakku masih belum sihat sepenuhnya namun aku belum putus asa untuk berikhtiar ... aku yakin suatu hari Allah akan makbulkan doaku .. yang penting aku perlu berusaha untuk menjadikan aku sebagai hamba yang lebih dekat padaNya ...barulah doaku diterima ... aku juga dah hampir 10 bulan berulang dari Jerantut ke Temerloh ... apabila rasa letih terasa nak pindah dan2 tu juga tp manalah aku nak tukar kalau jawatan tu x der kekosongan di Jerantut ... sabor jelah lagi ...ok jumpa lagi ... siapa yang baca blog ni ..tq diucapkan ... wassalam ...
Khamis, 17 Februari 2011
lama tak menulis
dah hampir 8 bulan aku berulang alik dari Jerantut ke Temerloh .... mmg adventure ... takut pun ada .. kemalangan berlaku dimana-mana je .. semoga perjalanan aku terus selamat ....
Langgan:
Catatan (Atom)