Sabtu, 14 Mei 2011
perpisahan
lepas asar tadi aku menerima perkhabaran tentang suami kawanku k.midah meninggal dunia ...tup! terkejut aku sehingga sanggang pun aku blur kat mana walaupun aku lalu hari2 ... kesian kak midah ... dengan 2 org anak yang masih kecil 6 dan 4 tahun tentu agak sukar untuk dia berdikari di negeri orang .. kak midah berasal dari serawak ...mmm .. sekarang ni kematian tidak mengenal usia .. x sakit lama pun tiba2 kita dengar dah tiada ... mcm tu juga arwah abg lan .. hari jumaat tu mmg aku ada call kak midah ...dia bgtau abg lan demam x berapa sihat ...tup2 pg tadi arwah dah pergi meninggalkan dunia ini ...puncanya abang lan demam dan kuman dah merebak .. sblm tu kak midah dah bawa abg lan berubat di klinik swasta ... cucuk sejarum balik ..tapi allah lebih mengetahui ...esok aku nak pergi ziarah dia dan bagi kata2 semangat tuk dia ...mujurlah kak midah sekarang dah pandai bawa kereta sendiri .. sekurang2nya lepas la dia nak balik ke kg ibu mertua dia di paya kecik, temerloh ... bila terfikir tentang kematian ... aku selalu berdoa agar aku masih dipanjangkan umur untuk besarkan 2 orang anak-anakku yang masih kecil ini... aku mohon diberi kesihatan yang baik agar aku mampu menjaga mereka dengan penuh perhatian dan kasih sayang ... wpun tanpa ayah aku mahu mereka merasa tidak diabaikan ... nak2 adik yang masih belum baik dari sawannya ... aku tak dapat bayangkan kalau aku tiada , macamana anak2 aku ... sedih tiba2 bila fikirkan begini ...siapa akan menjaga adik dan abang ... Ya Allah , panjangkanlah umurku sehingga anak-anakku mampu berdikari ...lapangkanlah rezekiku ... apa yang aku usahakan sekarang adalah untuk kebahagiaan hidup mereka ... mereka sahaja harta yang aku ada ...jauhkanlah aku daripada panahan mata insan yang tidak senang denganku ..jauhkanlah aku dari fitnah ... aaaminnn ..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan